Takzim Siam di Tera-Thai
KUNJUNGAN ke banglo milik Haroon Warawanisha dan isteri, Azilah Khalid ini tentunya akan menyemarakkan selera dalam persinggahan kulinari di bandar raya Johor Bahru. Ia bukan sekadar kediaman persendirian berlatarkan sejarah. Transformasi cemerlang telah membuatkannya muncul sebagai sebuah restoran fine-dining yang menghidangkan variasi hidangan autentik Siam. Apa yang perlu kita mulakan?
Kalau adat orang Melayu dahulu menyambut tetamu dengan sirih, orang Siam tentunya dengan mieng kum atau dikenali dengan panggilan pinang kaduk. Tujuh bahan berlainan tekstur dan rasa iaitu kacang panggang, udang kering, limau nipis, kelapa, potongan kecil halia, bawang dan cili api rapi dibungkus dengan daun kaduk yang bersira sos gula merah. Satu permulaan hebat untuk mengejutkan semua fungsi tunas rasa!
Sambil mencuit sedikit demi sedikit hidangan pembuka selera seperti somtam (kerabu betik) dan ya woon sen (salad udang dengan suhun), pesanan nasi putih yang panas dan beraroma pasti tidak lengkap tanpa menu-menu seterusnya.
Tomyam talay nam khon yang merah dan pekat membuatkan peminat rasa masam dan pedas kecur liur. Begitu juga dengan geng kiew wan gai atau ayam kari hijau yang enak diiringi kesegaran daun selasih.
Oh ya, ingat nama ini - yam memuang pla thod. Pilihan siakap atau kerapu goreng garing yang disertai salad mangga muda begitu sempurna menemani makan malam anda bersama pasangan. Seleksi makanan laut lain seperti udang dan ketam masing-masing turut disediakan dalam pelbagai kaedah masakan dan persembahan menarik.
Gabungan lima rasa utama dalam masakan Thai iaitu manis, masin, lemak dan pedas banyak diterjemah dalam menu restoran ini. Bagi memuaskan selera, cubalah mag khea chub kai chim nam prig kapik (terung goreng bersalut telur), kao soi (mi kari daging dengan rempah Thai) dan gai bai kapau (ayam digoreng dengan daun selasih).
Akhiri kunjungan selera anda dengan kao niao mamuang (pulut mangga) atau segarkan diri dengan ruam mid iaitu kombinasi potongan kecil nangka, keladi dan jeli Thai dalam ais garut dan santan. Sememangnya di Tera-Thai Fine Dine, apresiasi kulinari akan membawa anda jauh dalam rentak budaya Siam.
Nama: Tera-Thai
Konsep: Fine-dining dalam dekorasi Thai
Sebi bina: Restorasi banglo lama
Keluasan tanah: 1,700 meter persegi
Kapasiti tempat duduk: 80 (tidak termasuk ruangan santai di tingkat bawah dan di gazebo)
TERA-THAI FINE DINE
31, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-222 6300 Faks: 07-221 6300 Tempahan: 012-716 6753



ayi wahyudin,st at May 13, 2009 5:48 PM
i love to amel pegawai restoran tera-thai fine dine
ayi wahyudin,st at May 14, 2009 2:27 AM
saya akan kembali cos makanan di tera-thai fine dine uenak begitu juga dengan amel,my love for you
ayi wahyudin,st at May 14, 2009 2:32 AM
hehe salam kangen saya wat my fiends to tera-thai fine dine amel or eli tunggu aq ok
ayi wahyudin,st at May 14, 2009 2:33 AM
my love forever for you amel
alex at May 14, 2009 6:02 PM
dapt aq kerja di restourant ibu/bpk, sy tertarik dengan restouran tera-thai fine dine
A H Hamzah at May 14, 2009 7:09 PM
salam... ayi wahyudin. Siapa ya amel? Kangen ya amat ama dia.
ayi wahyudin,st at May 28, 2009 8:22 PM
dia tunangan ku,u tau dia
ayi wahyudin,st at May 28, 2009 8:24 PM
salam hamzah, u tau amel n kenal dia?
orked at June 5, 2010 1:11 AM
sangat sesuai utk business dinner / lunch. harga amat bersesuaian dgn menunya.sure akan kembali ke tera-thai.. :-)
zulkafli hashim at December 26, 2011 11:58 AM
salam..boleh bagi tempat penginapan yang cantik tak .kami nak gi buat family day kat sana ,cheley yang murah.,..utk 7 keluarga
nizam at May 31, 2012 12:50 PM
helo, adakah restoran anda mempunyai sijil halal?