Sang suria Teluk Gorek

pgorek1.jpg
Our destination is this hidden bay near Tanjung Resang


Kalau menaiki bas dari Kuala Lumpur, perjalanan sejauh lima jam perlu ditempuhi untuk tiba di terminal bas Mersing, Johor. Kebetulan kembara ini bermula dari Kuantan, Pahang, maka bas Transnasional yang membawa kami hanya memerlukan kira-kira tiga jam untuk tiba di destinasi. Tapi tak perlu turun di bandar Mersing.

Aku: Bang, tolong berhenti kat simpang Tanjung Resang, bang. Kitorang nak turun kat situ.
Driver bas: Buat apa nak turun kat tengah2 kawasan hutan tu?
Aku: Saja nak tengok apa yang ada kat Teluk Gorek.
Driver bas: Hish! Jauh tu! (berkerut muka dia). Nak masuk ke dalam naik apa?
Aku: Ada kawan amik naik keter.
Driver bas: yelah yelah. Baik2. Kat simpang hutan tuh ada babi hutan.
Aku: Hah!??


pgorek2.jpg
This is Apeh. Patiently helping me carrying lots of stuff for this trip


Itu pun dengan meminta kerjasama pemandu bas untuk menurunkan kami lebih awal iaitu di simpang masuk Tanjung Resang, iaitu hentian pinggir jalan sunyi yang perlu dikenal pasti sejurus melepasi Pekan Endau dan Penyabung. Kalau turun di Mersing, tentu memerlukan kenaikan lain untuk menyongsang arah kembali ke Teluk Gorek.


pgorek3.jpg
After being picked up by a friend in his 4WD, this is where we were taken.


Dengan bantuan rakan yang mengambil kami dengan kenderaan pacuan empat roda, laluan masuk ke Teluk Gorek sebenarnya lebih kurang tujuh kilometer lagi dari pinggir jalan tersebut. Perjalanan menuju pintu masuk Teluk Gorek Chalet & Camp Site banyak disaji pemandangan landskap kampung dan udara segar dari laut. Adegan seperti kerbau berkubang di lumpur, senyuman pengusaha ala inap desa dan aktiviti perusahaan keluarga di kolam penternakan udang tidak terlepas dari pandangan.


pgorek4.jpg
Arrived at around noon, Apeh and I thought we're gonna conquer the beach exclusively. But...


Sejurus ketibaan disambut pengurus dan pengusaha penginapan berkenaan, Roseli Awang, kami ditempatkan di salah sebuah calet yang menghadap laut. Ia dilengkapi pendingin hawa, katil bersaiz besar serta tandas yang bersih. Paling seronok apabila mendapati tekanan air pancuran di bilik mandi tidak mengecewakan.


pgorek5.jpg
You can park your car right in front of your chalet doorstep


Roseli memberitahu, satu nilai tambah mengenai kedudukan calet ini yang menghadap arah Timur adalah ketika saat terbit matahari. Malah ia umpama hadiah pertama untuk tetamu sebelum mereka memulakan hari dengan aktiviti seterusnya. Dia juga mengajak penulis bangun seawal pukul enam pagi keesokannya untuk melihat keindahan fajar menyingsing di horizon laut. (Macam la aku bleh bangun...)

Di atas tanah keluarga seluas kira-kira dua ekar itu, banyak bangunan sedang dibina dan diubah elok untuk keperluan pengunjung. Seperti hendak mengekalkan gaya santai resort, penggunaan atap daun nipah pada naungan bangunan tertentu nyata membantu aliran udara nyaman di dalam calet dan di ruang dewan, biarpun ketika matahari terik memancar.

"Selain kedatangan berkumpulan di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, calet ini juga menjadi tumpuan kumpulan korporat dan peserta kem bina diri yang memanfaatkan kemudahan di sekitar calet," ujar Roseli merujuk kepada kemudahan dormitori, tapak aktiviti lumba berhalangan, berkayak, treking hutan dan aktiviti pendakian ke Gunung Arong.


pgorek6.jpg
This is 5% of the crowd that suddenly appeared, later that afternoon.


Bagi mengisi waktu rekreasi petang, aktiviti sukan pantai seperti futsal, bola tampar, ragbi, bola jaring dan takraw boleh disertai. Pantai berpasir yang luas dan terjaga kebersihannya membuatkan lebih banyak aktiviti dianjurkan di sepanjang hamparannya. Jangan lupa untuk membasahkan diri di dada laut yang tenang dan kurang gelora..

Oh ya, pantai Teluk Gorek begitu landai kerana seseorang boleh berjalan sejauh lebih 200 meter dari gigi air sedangkan paras air hanya setakat mencecah dada. Bagi yang was-was tentang langkah kaki di dalam air, percayalah bahawa dasar pantainya berpasir dan bukannya lumpur.


pgorek7.jpg
Do you know what this guy is doing? 'Tarik pukat' it is.


Ketika air surut, tetamu calet boleh menyertai aktiviti menangkap ikan dengan menarik pukat pantai ataupun mencari kepah dengan cara tradisi. Bayangkan hasil tangkapan seperti ikan belanak, cermin dan kitang boleh dibawa terus ke dapur dan dinikmati di meja makan. Inilah yang seronok nak buat, walaupun sebenarnya terkial-kial nak set-up jaring pukat tu.


pgorek8.jpg
Let the professionals do it.


pgorek9.jpg
This was the catch for that afternoon, not so impressive kan?


pgorek10.jpg
You'll always be surprised when dragging the pukat out off the water


pgorek11.jpg
Deep fried kitangs. They're mine! All mine!


Tentang makanan pula, kami yang sudah mengikuti hidangan sebanyak enam kali sehari semalam, tidak terfikir untuk meminta lebih. Tiada yang kurang kalau makan tengah hari dan makan malam disajikan dengan hidangan kampung yang lazat. Ada kalanya sesi menjamu selera disempurnakan dengan pencuci mulut berupa hidangan buah-buahan segar, kuih-muih tradisional ataupun jeli kelapa dan sarang burung ilham orang kampung.


pgorek12.jpg
Kampung style never fails to trigger my appetite


"Saya sentiasa berpesan kepada kumpulan tukang masak agar menyediakan makanan seumpama hendak dimakan sendiri," kata Roseli yang mengingatkan agar sebarang tempahan perlu dilakukan lebih awal agar tidak terlepas peluang berlibur di Teluk Gorek. Anda mahu ke sini? Rujuk alamat yang disertakan di bawah:


pgorek13.jpg
Apeh took this photo. Not bad. He woke up early to witness the sunrise. I was Zzzzzz....



pgorek14.jpg
Some girls came in a small group, ready for their BBQ session.



pgorek15.jpg
Kelantanese boys set up their tents on the beach and filled the night with their dikir barat recitals


TELUK GOREK CHALET & CAMP SITE
Lot 684, Pantai Teluk Gorek, Kampung Tanjung Resang,
86900 Endau, Johor.
TEL: 07-794 5312, 019-754 3222, 013-779 6392


user-pic

najmuddin at March 24, 2009 11:33 PM

mane gmbar lg?
ahahah .

user-pic

student ukm at October 13, 2009 12:08 AM

baru balik dr teluk gorek..kami buat field work last weekend n honestly,tak rase nak balik dr situ..masih teringatkn keindahan pantai di situ..mmg best...5stars dan bg yg masih tak dpt decide tmpt percutian,teluk gorek mersing is the best place to be..=]

user-pic

apeh at October 28, 2009 4:28 PM

yup..this place is so much fun...hehe..for mind relaxing place..telok gorek is the place..

user-pic

arep at November 2, 2009 1:58 PM

harge dy cm ne??
teluk gabung tok 3 hari 2 malam

user-pic

ahtan at January 11, 2010 10:22 PM

tempat ni mmg menarik
paling menarik waktu sunrise
5 star for the teluk gorek

user-pic

ixzhaziqhrz7 at March 14, 2010 5:47 PM

dsdsdsdsdsdsdsds

user-pic

ixzhaziqhrz7 at March 14, 2010 5:48 PM

x best laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

user-pic

rozzana at April 8, 2010 11:14 AM

ape yg best sgt....chalet dia murah x????ikan byk x...aku nak mancing niiiii

user-pic

uhu at April 8, 2010 2:43 PM

pgi ngan shan best

user-pic

klewong at April 8, 2010 3:03 PM

ermm...malas la nk g,air berlumpur lah.

user-pic

nani_mersing at April 19, 2010 1:31 PM

Bercerita pasal Telok Gorek....kalau blh aku pun nak dok kat Telok Gorek tu!!
Nak tau kenapa? Disitulah tempat yang paling best sekali, kwsn dan permandangan yang paling indah. Mengadap Pulau Lalang dan telok disekelilingnya pasti mendamaikan jiwa. Disitu juga tercatat memori yang paling indah, masa tu Telok Gorek Camp Site belum dibina lagi. Setiap kali blk Mersing, kalau berkesempatan aku dan keluarga serta ipar duai akan berkumpul di Telok Gorek Camp Site untuk bersantai dan berlibur. Main air ler....apa lagi!!! Kalau nak tau apa keistimewaan Telok Gorek tuuu...sila lah berkunjung kesana. Jumpa dgn Abang Lie atau Kak Ana.

user-pic

gee at May 20, 2010 8:43 AM

aper nama chalet kat teluk gorek ni....

user-pic

cikbosan at June 5, 2010 9:32 PM

wow...look soo enjoy...
will be going there next week...
cannot wait-lah...
trip dng skool..... <3

user-pic

MAISARAH at June 16, 2010 9:37 AM

mmg best gler lah msa aku dan budak tigs kemh kat situ.pling best masa naik gunung arong tue.tinggi giler.mmg tak dapat aku lupakan telok gorek tue.mnak pergi lagilah

Leave a comment