Bintang-bintang di Tioman
Cepat lari!!! Meh sini tengok saper datang kampung korang kat pulau nih!! Maka berlari-lari bebudak kecil bersama ibu bapa masing-masing berpusu-pusu memenuhi Taman Laut Pulau Tioman, Pahang pada 27 Mei lalu. Hingga ada yang sanggup menaiki bot dari kampung lain semata-mata kerana hendak menyaksikan wajah bintang kesayangan mereka secara dekat.
Bukan selalu penduduk tempatan berpeluang melihat bintang-bintang Akademi Fantasia musim pertama seperti Vince, Adifashla, Khai dan Rosma menjejakkan kaki di pantai Tioman, menyertai aktiviti snorkeling dan juga beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Kedatangan mereka ke pulau peranginan tersohor itu adalah sempena acara kemuncak dalam siri program Pesta Pulau Tioman 2006. Diinspirasikan daripada format rancangan Akademi Fantasia, Impian Tioman adalah sebuah pertandingan mencari bakat nyanyian dengan sedikit kelainan.
Para peserta yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar Tioman bukan sahaja menyanyi, malah perlu menjawab soalan yang berkaitan dengan isu alam sekitar dan penjagaannya. Pemenang pertandingan secara automatik dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Tioman yang bakal bekerjasama dengan projek Persatuan Alam Sekitar Malaysia, Lembaga Pembangunan Tioman dan JapaMala Resort.
Adifashla (as usual Adi, u're the man!) yang bertindak selaku pengacara Impian Tioman cukup menggelikan hati penonton sementara Vince, Khai, Rosma dan Pengarah Komunikasi Pemasaran JapaMala Resort, Maple Loo pula bertindak sebagai juri.
Sama seperti yang lain, Adi sempat mengisi waktu percutiannya dengan pelbagai aktiviti. Dia yang teruja dengan keindahan pulau tersebut berharap agar penduduk tempatan dapat mempertahankan warisan alam sekitar yang sedia ada. "Kita perlu menyokong sebarang usaha pemuliharaan yang hendak dilakukan demi masa depan pulau ini," katanyer ketika diminta membuat statement prihatin untuk aku tulis! Hehe...
"Artis-artis yang terlibat dalam acara ini nyata membawa tarikan yang tersendiri. Mereka mampu memikat khalayak seterusnya menyampaikan pesanan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada orang ramai khususnya generasi muda," celah Maple plak.
Acara penutup Impian Tioman turut diserikan dengan persembahan bertenaga lagi menghiburkan daripada kumpulan EsDco dan juga bakat baru ShaD. (skang glamor ngan nama Dior)
Now let's see what else have been accomplished during our visit to Tioman...



Leave a comment