Pesona London di mataku...

pmusta1.jpg


Penerbangan selama 13 jam menerusi Malaysia Airlines telah menebak pelbagai rasa penulis. Teruja, gentar dan berdebar tebal di  benak hati, London merupakan siri pengembaraan penulis yang telah banyak menjelajah negara-negara lain. Pengalaman Ke London selama seminggu merupakan pengalaman manis yang tidak akan larut sama sekali.

Selain bertemu teman, perjalanan ke London merupakan satu peluang bagi penulis untuk menambahkan pengalaman merasakan perbedaan budaya dan adab, melihat pertembungan pelbagai budaya yang berbeda pancasila di bawah ruang langit yang satu. London dipanggil melting pot.

Tersentak rasa hati melihat London Tower dan House of Parliament dari pesawat, terasa seperti berada di dalam mimpi. Kerlipan neon Kota London cukup mempesonakan penulis. Seperti dirancang, penerbangan MH002 telah selamat mendarat tepat jam 5.20 pagi waktu London tempatan.

Sejurus sampai dengan kepala yang seakan mamai, penulis bergerak menghala ke immegresen bagi tujuan pemeriksaan. Melihat satu persatu penumpang berlalu pergi dengan mudah, penulis menjangkakan proses pengesahan kemasukan ke Kota London adalah mudah, tapi ianya tersasar dari apa yang diramalkan. Kedatangan penulis ke Kota London mempunyai pandangan yang cukup skeptikal oleh pihak immegresen di sana.

Pelbagai soalan yang adakala menyesakkan fikiran telah diajukan, segala latarbelakang penulis telah diperiksa secara terperinci waima pekerjaan ibu bapa juga telah menjadi persoalan, ianya seakan sesi interview pekerjaan. Soalan demi soalan telah ditebak!

Pada mulanya penulis cuba memperlihatkan aksi yang bersahaja dan tenang tetapi setelah lebih lima minit sesi 'interview' itu masih berterusan, penulis seakan hilang arah dan mula peluh mencurah-curah keluar di dalam kedinginan pagi itu dan setiap baris kata-kata menjadi tunggang langgang. Akhir sekali penulis dikehendaki mengistiharkan jumlah duit dan semua kad kredit yang dibawa.

Setelah sesi 'interview' tamat, penulis terus mencapai bagasi keluar dengan sedikit perasaan ralat. Namun begitu persoalan itu telah dimatikan setelah berbicara dengan seorang warga tempatan yang pihak immegresen dan keselamatan di Lapangan Terbang Heathrow kini mempergiatkan langkah-langkah keselamatan berikutan siri letupan yang berlaku di sekitar London pada awal 2007. Selain itu, ianya bagi mengelakkan warga asing bermastatutin di Kota London.

'Perhatian' akan lebih diberikan kepada warga asia khususnya lelaki dan beragama Islam. Sukar menafikan dengan senario dunia sekarang telah banyak merobah dan menyukarkan kehidupan masyarakat Islam seantero dunia khususnya kaum adam!

Masih terngiang kata-kata ibu yang melarang penulis berjanggut untuk masuk ke Kota London untuk mengelakkan sebarang perkara berbaur sebegini. Pengalaman ditahan lama oleh pihak immegresen bukanlah yang pertama terdahulu ianya pernah berlaku semasa penulis masuk ke negara jiran Singapura, walaupun Singapura bukanlah negara asing buat penulis.

Walau apapun perjalanan penulis diteruskan, perkara yang pertama dilakukan adalah mendapatkan maklumat secara terperinci tentang sistem pengangkutan di Kota London. Mengikut nasihat teman penulis, adalah lebih baik dan menguntungkan jika bergerak dengan menggunakan Tube yang merupakan sistem pengangkutan yang menghubungkan hampir kesemua kawasan utama di dalam Kota London. Tube sama sistem aliran ringan Putra, STAR dan Komuter.

pmusta2.jpg


Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis pakej penggunaan iaitu merangkumi One-day ticket, Three-day ticket atau Seven-day ticket malah tiket tahunan juga ada. Menerusi pembayaran tiket itu, para pengguna bebas menggunakan sebarang bentuk pengangkutan awam di dalam Kota London seperti Tube atau bas sebanyak yang mungkin.

Terdapat juga pendekatan yang berbeza, untuk mengurangkan kesesakan penggunaan Tube pada masa puncak, TfL syarikat pengurusan utama pengangkutan kota London telah menyediakan pakej yang berbeza, setiap pengguna yang menggunakan Tube ketika waktu puncak akan dikenakan bayaran yang lebih bebanding waktu-waktu biasa.

Untuk makluman, aliran Tube di sini terbahagi kepada beberapa jenis yang mengikut destinasi. Setiap destinasi akan diklasifikasikan dengan nama dan warna. Terdapat 12 rangkaian seperti Jubilee yang berwarna kelabu, Bakerloo berwarna coklat, District berwarna hijau, Circle berwarna kuning dan pelbagai lagi. Sistem pengangkutan di Kota London sememang sistematik, setiap rangkaian telah dipermudahkan dengan penyediaan satu penerangan berbentuk rangkaian aliran sistem pengangkutan di Kota London.

Selain itu, pengedaran peta laluan London secara meluas kepada para pengguna. Ini telah membantu penulis dalam banyak perkara. Dan setiap stesen tidak kira Tube ataupun bas akan disediakan papan eletronik berhubung masa ketibaan sesebuah kenderaan itu.

Dari Heathrow, penulis menuju ke Bayswater, tempat di mana penulis akan menginap. Perjalanan ke Bayswater mengambil masa hampir 45 minit, untuk menuju ke Bayswater penulis terpaksa menukar Tube di Earl's Courts stesen kerana Bayswater terletak di dalam aliran District Line berbeza Tube dari Lapangan Terbang Heathrow yang terletak di dalam aliran Picaddily.

Sejurus sampai ke Bayswater, penulis menghala ke lokasi penginapan penulis yang terletak 1 km dari stesen. Sepanjang laluan   di kiri kanan terdapat puluhan kedai cenderamata yang menawarkan harga yang paling murah di kota London. Ini terbukti apabila penulis melakukan tinjauan selepas itu di beberapa tempat. Sebagai contoh, rata-rata setiap tempat menjual fridge magnet dengan harga L2 atau lebih tetapi tidak di Bayswater yang menawarkan 12 keping dengan harga L10 sahaja.

Memandangkan tukaran wang RM kepada Paun adalah tinggi (RM7 bersamaan L1) ramai yang tidak menafikan kos kehidupan di London adalah tinggi bagi warga asing terutama dari Asia. Sememangnya fakta dan nasihat sebegini telah merisaukan penulis. Sehubungan itu, penulis telah bersiap sedia dengan membawa duit poket yang dikirakan wajar untuk menampung kos penginapan, tambang seharian dan makanan. Istilah untuk membeli belah tidak ada langsung dalam pemikiran penulis, waima untuk membeli barangan cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga telah diketepikan sekali. Penulis cuba memastikan perbelanjaan tidak menyekat aktiviti riadah penulis di sana.

pmusta3.jpg


Tujuan utama ke sana ialah untuk bertemu teman dan bercuti bukan membeli belah. Nasihat dan cerita rakan akan Kota London yang mahal bertambah jitu seraya penulis menjejakkan kaki  ke destinasi pertama usai proses daftar diri untuk penginapan iaitu gedung tersohor dunia, Harrods yang terletak di Knightsbridge! Harga-harga yang dipamerkan buatkan penulis kecut perut. Harga-harganya cukup berganda. Kunjungan penulis ke dalam gedung itu berakhir dengan sesi bergambar sahaja.

Berehat sekita di Hyde Parks yang terletak tidak jauh dari Harrods. Hyde Parks merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok maple dan padang-padang hijau yang indah serta tasik. Tidak dinafikan walaupun Kota London sarat dengan kemajuan, keindahan alam masih dikekalkan.

Buktinya, terdapat lebih dari 10 taman hijau selain Hyde Park, Kensington Garden, Green Park, Regent's park, Shoreditch Park dan pelbagai lagi. Taman-taman ini telah dijadikan kawasan riadah. Ttidak kira waktu dan cuaca laluan pejalan kaki akan ada kelibat kumpulan sedang rancak berjogging. Apa yang menarik juga taman ini dimeriahkan dengan kehadiran haiwan yang jinak seperti angsa dan tupai yang tidak takut-takut untuk menghampiri pengunjung.

pmusta4.jpg


Selang beberapa ratus meter dari Hyde Park terdapat sebuah dewan muzik yang masyhur seantera dunia, Royal Albert Hall. Pastinya rakyat Malaysia sudah tidak asing telinganya mendengar akan nama dewan ini. Di sinilah Allahyarham Sudirman dan Dato' Siti Nurhaliza melantunkan suara hingga mempesonakan ribuan pengunjung. Royal Albert Hall telah diikitrafkan akan prestijnya.

Teknologi yang digunapakai telah memegunkan dunia. Sistem bunyi yang hebat sehingga jarum peniti jatuh boleh didengari seluruhpelosok dewan. Walaupun Royal Albert Hall begitu gah namanya, para pengunjung yang hadir tidak dikenakan kod pakaian ironinya dewan muzik di Malaysia telah menetapkan pelbagai undang-undang yang kadangkala menyekat aspek sesuatu penganjuran itu.

London terkenal sebagai pusat perkembangan seni muzik teater, sebagai bukti terdapat ratusan pusat teater di seluruh kota London, ribuan kaunter tiket yang menjual tiket teater seperti Chicago, Mamma Mia, Bombay Dreams, Chita Rivera, Dirty Dancing, Evita dan banyak lagi. Dilihat pada sejarah, broadway mula berkembang di kota London dan seterusnya menular ke benua Amerika. Ajakan teman penulis untuk tidak melepaskan menonton teater apabila datang ke London cukup mengujakan. Sehingga teman penulis berkata tidak lengkap kunjungan ke London jika tidak menonton teater.

Stigma akan London tidak boleh membeli belah larut apabila, penulis bertemu rakan lama yang tidak disengajakan. Beliau yang sememangnya arif tentang selok belok London telah memberikan beberapa panduan yang yang cukup hebat. Oxford Street merupakan kawasan membeli belah yang yang menjadi tumpuan pelancong. Barisan kompleks membeli belah seperti, Debenhams, Selfridges, Mark n Spencer, Primark dan pelbagai lagi telah membuatkan penulis kemaruk berbelanja.

pmusta5.jpg


Harga-harga yang ditawarkan sememangnya berbaloi dan adakalanya lebih murah dari Kuala Lumpur. Sebagai contoh, Mark n Spencer menawarkan 3 kali ganda lebih murah dari Kuala Lumpur. Penulis borong coklat berkotak untuk diberikan rakan-rakan. Begitu juga Primarks yang menawarkan kemeja, baju T, jeans, jaket dan pelbagai lagi dengan harga yang cukup menarik. Penulis juga sempat menyapu barangan jenama kesukaan seperti  Zara, Topman, dan Clarks yang menawarkan harga menarik.

Di pekan kecil Hackney yang mempunyai factory outlet Burberry, harga yang ditawarkan sememangnya separuh dari Kuala Lumpur. Penulis sempat menyambar sehelai tie sutera Burberry dengan perbezaan separuh harga di Kuala Lumpur dan beberapa barangan yang lain!

Bagi pencinta barangan berjenama dan mementingkan harga yang berpatutan, dicadangkan para pengunjung membeli barangan secara terus dari kilang, sebagai contoh bagi yang menggilakan barangan Bally, Norwich merupakan pilihan tepat. Harga yang ditawarkan serendah L18 bagi sepasang kasut dan sesiapa membeli dua pasang kasut akan mendapat sepasang kasut percuma!

Setelah beberapa hari di sana, penulis juga telah mengunjungi tempat yang menarik lain seperti Buckingham Palace, menjadi rutin seharian setiap jam 11.30 pagi akan ada satu sesi upacara pertukaran tentera. Upacara yang diselang selikan dengan perarakan tentera berkuda dan pancaragam telah menarik ribuan pengunjung pelbagai bangsa dan negara untuk menonton.

Bagi penggemar konsep open market atau flea market sememangnya London adalah pilihan tepat, puluhan flea market bersepah di sana sini menawarkan pelbagai jenis barangan harian dengan harga yang memang murah. Sebagai contoh bagi penggemar pakaian berjenama dan ingin harga yang murah, Elephant Castle menawarkan ratusan ruang kedai atau gerai yang menawarkan pakaian dan alatan kegunaan harian dengan harga yang cukup menarik.

Yang paling mengujakan penulis, tawaran sehelai jaket dari material wool yang berkualiti dengan harga L5 sahaja. Selain itu, di Elephant Castle juga menawarkan factory outlet bagi jenama Clarks dengan harga separuh dari pasaran, di sini penulis telah membeli dua pasang kasut untuk ibu penulis. Untuk datang ke sini, para pengunjung boleh menggunakan Tube yang terletak di dalam aliran Northern Line.

Selain di Elephant Castle, terdapat juga flea market yang terletak di Notting Hill. Flea market yang dipanggil Porto Bello ini dibuka setiap hari Sabtu sahaja. Bagi penggemar barangan yang dikatakan wajib beli ketika di London ialah Queen's Anne, boleh didapati dengan murah di Wimbledon Street. Jika bernasib baik harga yang ditawarkan serendah L2 sahaja!

Dalam tempoh seminggu penulis sedaya upaya untuk 'menjenguk' setiap inci kota London. Covent Garden yang terletak tidak jauh dengan Oxford Street merupakan sebuah kompleks terbuka yang menampilkan pelbagai jenis perniagaan seperti cafe, galeri seni, bazaar dan juga persembahan seniman jalanan. Dibina pada tahun 1904, sememang tempat ini disasarkan untuk golongan atasan sahaja. Ini terbukti dengan harga yang ditawarkan agak mahal berbanding tempat lain. Namun apa yang menarik penulis telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang kreatif seperti silap mata, akrobatik dan juga pementasan lawak jenaka.

Dengan cuaca yang sejuk, -2 darjah Celcius, penulis banyak mengambil kopi untuk memanaskan badan. Sememangnya Starbucks merupakan pilihan utama memandangkan Starbucks samada berbentuk cafe atau pun kiosk berada di mana-mana sahaja. Dengan harga L3 secawan, aroma cukup menyegarkan badan.

Keramat London yang menjadi mercu kebanggan London adalah London Tower yang terletak di Sungai Thames. London Tower menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar dan meninjau seluruh Kota London dari tempat tinggi. Untuk masuk ke sini pengunjung dikehendaki membayar L6.Penulis sempat juga melalui London bridge yang teletak 250 meter dari London Tower sambil menyanyikan lagu London Bridge.

Pada hari terakhir penulis telah banyak menghabiskan masa di Trafalgar Square yang juga turut menjadi mercu tanda Kota London. Namun apa yang menyedihkan larangan pengunjung member makan kepada merpati telah menyebabkan kawasan itu hilang serinya.

Mengikut perancangan asal penulis ingin menggunakan Tube untuk ke lapangan terbang namun disebabkan terlalu banyak berjalan lebih-lebih di musim sejuk, kaki penulis telah bengkak dan menyukarkan pergerakan. Kesakitan yang teramat memaksa penulis menggunakan teksi dengan bayaran L5 dan seterusnya mengambil Heathrow Express (sama seperti KLIA Express) dengan bayaran L15. Heathrow Express yang mengambil masa 18 minit sahaja terletak di Paddington.

Sangkaan penulis akan perjalanan pulang adalah mudah meleset sama sekali! Penulis sekali lagi menghadapi masalah lebihan muatan. Penulis dikehendaki mengurangkan sebanyak lapan kilogram barangan untuk dibenarkan terbang atau membayar L38 setiap kilogram. Memandangkan mata wang Paun yang tidak mencukupi, penulis sedaya upaya memujuk untuk dilepaskan. Namun usaha tersebut sia-sia! Jalan penyelesaian penulis terpaksa membuang sedikit barangan peribadi penulis seperti pakaian dan makanan.

Setelah segala kekusutan berakhir, penulis telah selamat pulang ke tanahair dengan senyum lebar sepanjang masa. Berada di London merupakan klimaks yang sukar dizahirkan melalui kata-kata. Keindahanya bandar, keseronokkan membeli belah dan kemesraan rakyatnya telah mengundang pelbagai nostalgia manis. London, semoga bertemu lagi.....

user-pic

hida at April 11, 2009 1:38 PM

Seronok jer bace yr trip in London. Me & friend planning to go there in Aug. Awak stay kat hotel mane? how much is the rate?

user-pic

mustafa at May 2, 2009 6:03 PM

i stayed in bayswater.. there are numbers of budget hotels in bayswater. my advise for those who are planning to visit london, bayswater is the most recommended area since the place is located at the city area...
talking about the rate, my time was RM7: 1 paun, it was expensive but ENJOY GILA!

user-pic

A H Hamzah at May 2, 2009 6:32 PM

Thanks mus... dia dah lama tunggu respon dr ko... heheh...

user-pic

hisyam at September 27, 2010 12:37 PM

cntk d snaaaaaaaa

user-pic

gee putrajaya at March 19, 2011 7:34 PM

wow! best giler dgr cite u..i nak p next month..so i dah tahu la nak p mane pas ni.hehehehe

user-pic

Pojiepooh at August 16, 2011 9:53 PM

Bestnyaaa.. Kalau ada Flexiroam mesti lagi jimat!

user-pic

mas at October 1, 2012 12:41 PM

camna nk dapat keja kat london?

user-pic

my at November 8, 2012 4:13 PM

tq to penulis atas info2 yg berguna..dec ni i akan terbang kesana..hope info u berguna kelak. so kalau ada apa2 lg info menarik share la lagi..thankss

user-pic

Kathy at March 18, 2013 5:43 PM

Mana Wimbledon street dan madam mana nak pergi dari Hyde Park

Leave a comment